Monday, November 14, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM

Semoga berjaya cemerlang.

Program Qurban 1432H

Program qurban terlah diadakan pada ahad 6 Nov 2011 selepas solat sunat aidil adha. Walaupun terdapat beberapa masalah tetapi alhamdulillah lembu qurban dapat disembelih (di Jalan Ros 1) dan daging qurban dapat diagihkan kepada fakir miskin dan ahli kariah di kawasan Ros 2. Jamuan sup pula dihidangkan selepas solat zohor kepada ahli kariah yang hadir. Terimakasih kepada semua ahli kariah yang bertungkus lumus menjayakan program ini.




Wednesday, October 19, 2011

Salam Aidiladha



Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri




Sunday, July 17, 2011



Saturday, June 25, 2011

Persoalan Agama

Persoalan Agama: Wuduk, solat diringan jika sakit

BAGAIMANAKAH orang sakit, terutama yang berbalut pada tempat yang luka boleh mengerjakan solat?

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: “Kemudian apabila kamu telah selesai solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingat Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu sudah merasa tenteram (aman), maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti biasa). Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Dalam satu hadis diriwayat oleh Imran bin Husain r.a, beliau berkata (yang bermaksud): “Saya menghidap penyakit buasir. Saya bertanya Nabi SAW mengenai kewajipan melaksanakan solat? Baginda SAW bersabda: Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu hendaklah dilakukan di atas lambung anda.” Cara menunaikan solat dalam keadaan duduk ialah antaranya dengan cara bersila, kerana ia sabit dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Aisyah r.ha katanya (yang bermaksud): “Saya melihat Nabi SAW menunaikan solat dalam keadaan duduk bersila.” Boleh juga menunaikan solat dalam keadaan duduk tasyahhud. Bagi pesakit yang tidak mampu menunaikan solat dalam keadaan berdiri dan duduk, boleh menunaikan dalam keadaan mengiring di atas lambung. Jika tidak mampu juga, hendaklah menunaikannya dalam keadaan terlentang, dengan kedua kaki menghadap kiblat.

Begitu juga ketika mana hendak mengangkat hadas atau berwuduk, ada juga pesakit tidak dapat membasuh bahagian wuduk dengan air kerana bahagian itu berbalut. Oleh itu, hendaklah disapu saja di atas pembalut itu. Caranya iaitu dengan melalukan tangan yang dibasahkan dengan air di atas pembalut itu.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Jabir r.a, beliau berkata: Kami pernah keluar dalam satu perjalanan, seorang daripada kami terkena batu dan mengalami luka di bahagian kepalanya. Kemudian dia bermimpi, lalu bertanya kepada para sahabatnya, “Adakah tuan-tuan berpendapat, saya berhak diberi kelonggaran bertayammum (kerana kecederaan yang dialami). Para sahabat menjawab: Kami tidak mendapati kelonggaran kepada kamu kerana kamu mampu mendapatkan air. Lalu lelaki tersebut mandi. Akibatnya ia meninggal dunia.”

Apabila kami pulang menemui Rasulullah SAW, peristiwa itu dikhabarkan kepada Baginda, lalu Baginda menjawab: “Mereka semua sudah membunuhnya. Moga-moga Allah membunuh mereka. Kenapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak tahu. Sesungguhnya kesembuhan kejahilan iaitu dengan bertanya. Sebenarnya memadailah lelaki itu bertayamum dan memerah air ke atas tempat luka atau membalut tempat luka dengan satu pembalut kain dan kemudian menyapu di atasnya dan seterusnya membasuh ke semua bahagian badan yang lain.
Sekiranya seseorang pesakit itu tidak dapat menggunakan air, diharuskan untuknya bertayamum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ammar bin Yassar r.a, beliau berkata (yang bermaksud): “Saya dalam keadaan junub dan kebetulan tidak tidak mendapati air. Lalu saya berguling di atas tanah dan kemudian saya menunaikan solat. Lalu saya khabarkan kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Sesungguhnya memadailah kepada kamu melakukan begini. Baginda menepuk kedua tangan Baginda ke atas tanah dan meniup kedua tangan itu kemudian menyapu muka dan dua pergelangan tangannya.”

Namun dalam mazhab Syafie, kita digalakkan untuk menyapu kedua tangan hingga ke dua siku.

Sekiranya pesakit itu mengalami sakit yang biasa yang tidak memudaratkan sekalipun lukanya terkena air, maka ia dikehendaki mengambil wuduk seperti biasa dan dia hendaklah mengerjakan solat seperti biasa.

Sekiranya pesakit itu berbalut lukanya, maka hendaklah dibuka agar air sampai di bahagian luka. Tetapi jika luka itu memudaratkan apabila terkena air, maka cukup sapu saja di atas pembalut. Ini adalah pandangan mazhab Hanafi.
Manakala menurut mazhab as-Syafie, seseorang yang sakit perlu membasuh kawasan yang sihat, kemudian menyapu di atas pembalut dan akhir sekali hendaklah bertayamum menggantikan tempat yang disapu itu.

Menurut pandangan mazhab Syafie lagi satu tayamum hanya boleh digunakan untuk satu solat fardu. Tetapi bagi solat sunat, ia boleh ditunaikan mengikut yang dikehendaki sebelum atau selepas mengerjakan solat fardu kerana ia tiada had. Demikianlah, wallahua’lam.

BERITA HARIAN 2011/05/15


Wednesday, May 18, 2011

Jawatankuasa Sesi 2011/2013

M Rudzi B Yahaya
Aziz B Saari

Tn Hj M Yaman B Ramli
Abaidullah B Ahmad

Ahmad Daud B Alwi
Asfarizam B Othman

Rusli B Saad
Saad B Ismail
Juraimi B Taib
Halim B Hussain
Alias bin Ahmad
Rohizad B Hamid
Abdul Nazar B Hamzah
Mohd Desa bin Hashim
Mat Shor B Mat

Nor Rosnah Bt Abdul Fatah
Norsidah bt Muhamad
Zarina bt Md Zain
Rohijah bt Lah
Noorasimah bt Abd Samal

Mior Ifindi Mohd Esa

Tuesday, April 5, 2011

Solat Sepertiga Malam

SESEORANG dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT menerusi solat. Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa, ayat 79: “Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”


Dalam ayat itu Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW melaksanakan solat malam atau qiamullail, namun ramai antara kita memandang remeh perintah berkenaan. Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah SAW, ia adalah amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian baginda. Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau bahasa mudah, menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu ada juga beberapa solat malam seperti sunat istikharah, tahajud, taubat, tasbih dan sebagainya. Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT. Membaca al-Quran juga adalah ibadat yang diberi ganjaran sangat besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kebajikan. Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah olehmu al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.” (hadis Riwayat Muslim)

Antara surah yang baik untuk dibaca ialah surah Yaasin kerana ia ibarat jantung al-Quran, al-A'la (surah yang sangat digemari Rasulullah SAW), al-Fatihah (pokok atau ibu al-Quran), al-Kahfi (tempat naungan pada hari akhirat), as-Sajadah (digemari Rasulullah SAW), al-Mulk (memberi syafaat di akhirat), an-Nas dan al-Falaq (memberi perlindungan pada hari akhirat). Ada beberapa ayat dalam al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu. Allah SWT menjelaskan, mereka yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan sebagaimana firman-Nya: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang) pada malam hari kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu sedikit. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” (surah al-Muzzammil: 1-4)

Saidatina Aisyah RA ada meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda: “Mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan diampunkan oleh Allah SWT sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian.” Baginda menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba- Nya yang bersyukur.”

Tuesday, February 8, 2011

Hadis

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Thursday, February 3, 2011

Hadis

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Thursday, January 13, 2011

Kelas Pengajian Al-Quran Muslimat


Syukur alhamdulillah kalendar 2011 telah dibuka tirainya dengan Kelas Pengajian Al-Quran bagi muslimat Surau Ros 2. Seramai 12 orang telah hadir yang kesemuanya adalah terdiri daripada suri rumahtangga. Walaupun dengan ada yang menggendong anak serta cucu tetap hadir ke surau demi menimba ilmu. Kelas ini telah dipimpin oleh Hajjah Fairuss yang begitu prihatin dalam memanjangkan lagi ilmu yang beliau ada. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan. Semoga Allah saja yang membalasnya. Kepada yang belum berkesempatan untuk hadir sila berbuat demikian setiap hari Rabu jam 9.00 pagi.