Tuesday, December 29, 2009

Imarahkan Surau


Surah At Taubah Ayat 18. "Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk"

Wednesday, December 16, 2009

Ceramah Motivasi Pelajar




Ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah telah diadakan pada hari ahad 13 Dis 2009 selepas maghrib. Seramai 78 anak ahli kariah telah hadir dalam program ini yang dikendalikan oleh Ustaz Rizal seorang guru dari Sek Men Agama Tinggi Rawang dan juga Imam Masjid Al Amaniah Batu Caves. Semoga anak-anak ini mendapat manafaat atas apa yang disampaikan oleh Ustaz.

Monday, November 30, 2009

Program Berkhatan Ros 2 2009

Program berkhatan pada 29hb Nov merupakan julung-julung kali diadakan di kawasan perumahan Ros 2. Program dirasmikan oleh YB Mohd Isa Abu Kasim disertai oleh 19 peserta berkhatan. Program juga dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan kompang dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Pusat Latihan Bkt Beruntung, jentera bomba dari Bomba PERODUA dan tetamu jemputan yang lain. Proses berkhatan berlangsung dengan lancar yang dikendalikan oleh En Nazarudin dan beberapa pembantu. Terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dari pihak Jawatankuasa Surau.

Program Qurban/Aqiqah

Program Qurban/Aqiqah Surau Ros 2 diadakan pada 27hb Nov bersamaan 10 zulhijjah 1430H dimulai dengan solat aidiladha dan diikuti dengan khutbah aidiladha dihadiri seramai lebih kurang 100 ahli kariah.
Program pada tahun ini meriah walaupun hanya terdapat seekor sahaja lembu qurban. Daging qurban diagihkan kepada ahli kariah yang layak menerimanya sebelum solat jumaat. Selesai solat jumaat, jamuan tengahari sup tulang dihidangkan kepada ahli kariah.

Thursday, November 12, 2009

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . (dipetik dari www.zahazan.net
)

Wednesday, October 21, 2009

Lambaian Kaabah


"Labbaikallahummalabaik Labbaikalasyarikalakalabbaik Innalhamda Wania'mata Lakawalmulk Lasyarikalak"

Bulan Zulkaedah datang lagi. Ucapan selamat menunaikan Rukun Islam yang ke-5 kepada mereka yang mendapat kad undangan yang paling istimewa di dalam hidup kita. Semoga mendapat haji yang mabrur, insyaAllah!

Monday, October 12, 2009

Jemputan: Majlis AidilFitri Surau Ros 2

Tarikh : Sabtu 17 Oktober bersamaan 28 Syawal 1430H
Masa : 8.30 malam
Tempat : Perkarangan Surau Ros 2, Bukit Sentosa
Semua ahli kariah Ros 2 dijemput hadir.


Tuesday, September 29, 2009

PUASA SUNAT SYAWAL - PUASA ENAM

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, September 8, 2009

Sumbangan Ramadhan

Di dalam kegembiraan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini, Surau Ros 2 tidak lupa menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluaga yang memerlukan. Ia berupa barangan keperluan asas bagi membantu mereka untuk sama-sama menjalani ibadah berpuasa ini dengan hati yang lebih gembira. Wakil pihak surau yang terdiri daripada AJK Muslimah telah berbesar hati menyampaikan sumbangan tersebut kepada 3 buah keluarga ahli kariah Ros 2 pada 3 September 2009.

Tuesday, August 25, 2009

Hikmah Bersedekah

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)

* Terselamat daripada bala bencana. Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)

*Seseorang itu akan dipanjangkan umur dan dicegah baginya kematian yang buruk. Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)

* Dosa seseorang itu dihapuskan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (riwayat Abu Ya’la)

Wednesday, August 12, 2009

Adab-adab Menguap Dan Bersin

"Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu". Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin". Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1.Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3.Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah", dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan"Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Wednesday, August 5, 2009

Makna Bacaan Di Dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Thursday, July 23, 2009

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan. Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Wednesday, July 22, 2009

GERHANA MATAHARI 29 REJAB 1430H / 22 JULY 2008 ( 8.23 PAGI - 9.48 PAGI)

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

a) Disunatkan mengerjakan sembahyang sunat bila berlaku gerhana matahari atau bulan.
b) Dalam hadis yang lain, sembahyanglah seperti sembahyang fardhu (subuh- 2 rakaat). Bacalah ayat atau surah yang panjang hingga selesai kejadian gerhana.
c) Gerhana itu bukanlah kerana kematian anaknda Rasulullah s.a.w. iaitu Ibrahim yang berumur 18 bulan (1 tahun lebih) melalui isterinya yang bernama Mariam. Rasulullah menolak publisiti dan kepercayaan karut itu.
d) Rasulullah juga berkhutbah pada hari itu mengingatkan umatnya tentang perkara yang membawa keselamatan dunia dan akhirat:-

1) Wahai umat Muhammad, kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui, sudah tentu kamu akan ketawa sedikit dan menangis banyak.
Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj.
2) Baginda juga mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda, kubur itu pintu ke Alam Barzakh. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus.
3) Baginda mengingatkan umatnya bahawa mereka akan menerima ujian yang berat di dalam kubur, mereka akan disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir
4) Baginda mengingatkan umatnya - kaum perempuan secara khususnya supaya mereka menjaga diri daripada melakukan sesuat yang menyebabkan mereka menerima azab seksa pada hari akhirat kelak.

Perempuan walaupun kurang akalnya, namun daya tarikannya seperti magnet yang sangat kuat. Lelaki yang cerdik juga boleh tewas kepada wanita. Rasulullah juga berpesan kepada kaum wanita supaya sentiasa bersedekah.

Tuesday, July 21, 2009

Monday, July 20, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh".

Tuesday, July 14, 2009

Thursday, July 2, 2009

Penajaan Ramadhan

Jawatankuasa Surau Ros 2 memohon sumbangan dan penajaaan bagi aktiviti dan program Ramadhan Surau Ros 2 seperti majlis jamuan berbuka puasa, jamuan moreh, imam jemputan dan membiayai penceramah jemputan serta lain-lain aktiviti Ramadhan.

Sumbangan bolehlah disalurkan terus ke dalam akaun surau atau melalui Bendahari Surau.
SEMARAK RAMADHAN

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin baru diucapkan kepada saudara baru M Alif Hua Bin Abdullah dan pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan pada Sabtu 27 Jun 2009. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan lancar pada pukul 10 pagi di Masjid As-Salam Bkt Sentosa. Majlis jamuan bermula pada pukul 12 tengahari di Blok G, Jalan Ros 2 dan dimulai dengan doa selamat oleh Tuan Imam Tn Hj Yaman serta dimeriahkan dengan kehadiran oleh warga Ros 2 dan jemputan. Terimakasih kepada AJK Surau dan warga Ros 2 yang telah bergotong-royong melaksanakan majlis persiapan kenduri dari awal hingga ke akhir.
Tahniah kepada pengantin dan semoga rumahtangga diberkati dan dirahmati ALLAH sentiasa.

Etika Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya. Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah :

1. Ikhlas karena Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah karena Allah Azza Wa Jalla dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelar agar bisa mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :
“Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu dengan mengharap wajah Allah, tidaklah ia mempelajarinya melainkan untuk memperoleh harta dunia, dia takkan mendapatkan harumnya bau surga di hari kiamat.” [Dekeluarkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hasan].

2.Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faidah dari ilmu kita.
Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfa’at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat" (HR: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at.
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at. Karena kedudukan syari’at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak berarti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid’ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qor’an dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.
Apabila ada perbedaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbedaan itu dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salaf 1). Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita.

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.
Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.
Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu ‘Alam.

Dikutip dari ” Kitabul ilmi” Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin (Abu Luthfi)

Monday, June 15, 2009

Program Bacaan Yassin & Tazkirah Ringkas (Muslimah)







Bersyukur kita kedahratNya.

Pada 9 Jun 2009, Biro Muslimah Surau Ros 2 telah berjaya menjalankan satu lagi program bulanannya yang turut memberi faedah yang amat besar kepada kaum muslimat di kariah kita. Pada petang yang mulia itu seramai 10 orang jemaah telah mula berkumpul di rumah Zarina (No. 19, Jalan Ros 2A/6) mulai jam 3.00 petang namun majlis tersebut hanya dapat dimulakan pada jam 3.30 petang disebabkan hujan serta kelewatan ketibaan Ustazah Norhayati (Penceramah Bebas) yang baru pertama kali tiba dari Sg Buluh.

Program pada petang itu telah dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan diikuti dengan tazkirah ringkas selama 30 minit mengenai kepentingan menuntut ilmu. Banyak manafaat yang telah dapat dikutip pada petang tersebut. InsyaAllah pada bulan Julai depan program ini akan diadakan di surau seperti yang telah dipersetujui oleh majoriti jemaah. Namun, kepada sesiapa yang berhajat untuk mengadakannya di rumah amatlah dialu-alukan.

Semoga Segala Amalan Kita Mendapat KeberkatanNya, InsyaAllah.

Sunday, May 24, 2009

Info Surau 2



Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas limpah kurniaNya dan izinNya maka Info Surau iaitu buletin terbitan ke-2 surau dapat diterbitkan semula setelah tertangguh lebih kurang 2 tahun (penerbitan pertama pada Jul 2007).

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Jawatankuasa Biro Tugas2 Khas yang merealisasikan penerbitan semula Info Surau Terbitan ke-2. Diharapkan Info Surau dapat dimanafaatkan sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat dan ilmu serta aktiviti surau kepada seluruh ahli kariah Ros 2.

Friday, May 22, 2009

Wakil Blok SR2














Wakil Blok berfungsi menyampaikan maklumat aktiviti surau serta menerima maklumbalas daripada ahli kariah di blok atau kawasan masing-masing. Senarai wakil blok surau adalah seperti berikut:

Jalan Ros 2A/1 – En Rusli Saad
Jalan Ros 2A/2 – Pn Norsidah
Jalan Ros 2A/3 – En Rohizad
Jalan Ros 2a/7 – En Ahmad Daud
Jalan Ros 2B – Encik Allias
Blok A - Puan Shariah
Blok B - Encik Tugiman
Blok C - Puan Shimah
Blok D - Encik Halim
Blok E - Encik Juraimi
Blok F - Encik Khairun
Blok G - Che Saad
Blok H - Encik Nazar/Encik Mahmud Fauzi
Blok J - Encik Kamarudin Samad

Monday, April 27, 2009

Pembentukan Biro-biro Surau Ros 2

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Surau Ros 2 bagi sesi 2009/2011 telah diadakan pada 26 april 2009 dan telah membentuk biro-biro surau yang baru. Semoga semua AJK dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.

Kewangan
Ahmad Daud B Alwi
Asfarizam B Othman

Ekonomi dan Pembangunan
Abaidullah B Ahmad
Abdul Nazar B Hamzah
Halim B Hussain


Pendidikan dan Dakwah
M Rudzi Yahaya
Mahmud Fauzi B Mansur


Tugas Tugas Khas
Tn Hj M Yaman B Ramli
Ahmad Daud B Alwi
Zarina bt Md Zain

Pengurusan dan Kemudahan
Rusli B Saad
Juraimi B Taib
Rohizad B Hamid

Sosial dan Hal Ehwal Masyarakat
Aziz B Saari
Tugiman B Misnam
Saad B Ismail


Muslimah
Nor Rosnah Bt Abdul Fatah
Norsidah bt Muhamad
Shariah Bt Sidek


Pemeriksa Kira-Kira
Mior Ifindi Mohd Esa
Mohd Aris Andak

Monday, April 20, 2009

Ceramah Motivasi Prof Dr M Kamil

Alhamdulillah pada tanggal 19 April 2009, hajat Jawatankuasa Surau menjemput Prof untuk menyampaikan ceramah motivasi tercapai. Penghargaan dan terimakasih diatas kesudian Prof dan isteri hadir di Surau Ros 2, walaupun disebalik kesibukan tugas seharian. Prof dapat menyampaikan ceramah dengan cara tersendiri dan berkongsi ilmu serta pengalaman yang amat berguna dan bermakna bagi semua ahli kariah Ros 2 dan sekitar.

Semoga Allah merahmati Prof sekeluarga dan kami semua. InsyaALLAH!!

Friday, April 17, 2009

Mesyuarat Agung Surau Ros 2 Sesi 2009/2011

Setiausaha Surau Tn Hj Yaman, Bendahari Surau En Ahmad Daud, YB Mohd Isa Abu Kasim dan Pengerusi Surau Mohd Rudzi Yahaya

Perasmi YB Mohd Isa Abu Kasim sedang berucap. Dibelakang kelihatan Pengerusi Majlis En Aziz Shaari

Mesyuarat Agung Surau kali ke 6 telah diadakan pada 5 April 2009 dan dirasmikan oleh ADUN Batang Kali YB Mohd Isa Abu Kasim. Berikut adalah senarai jawatankuasa baru:
Pengerusi
M Rudzi B Yahaya
Timbalan Pengerusi
Aziz B Saari

Setiausaha

Tn Hj M Yaman B Ramli
P Setiausaha
Abaidullah B Ahmad

Bendahari

Ahmad Daud B Alwi
P Bendahari
Asfarizam B Othman

AJK
Rusli B Saad
Saad B Ismail
Juraimi B Taib
Halim B Hussain
Mahmud Fauzi B Mansur
Rohizad B Hamid
Abdul Nazar B Hamzah
Tugiman B Misnam

Shariah Bt Sidek
Nor Rosnah Bt Abdul Fatah
Norsidah bt Muhamad
Zarina bt Md Zain

Saturday, April 11, 2009

Pengenalan Surau Ros 2


PENGENALAN

Surau Ros 2 adalah terletak di Jalan Ros 2, Seksyen BS 5, Bukit Sentosa, 48300 Rawang Selangor. Surau ini merupakan surau tetap yang mana surau awal adalah menumpang di rumah penduduk sebagai surau sementara. Terdapat lebih kurang 80 buah keluarga islam di kariah ini. Usaha membangunkan surau berrmula pada tahun 2000. Berikut adalah kronologi atau sejarah pembangunan dan pembinaan Surau Ros 2.

Nov 2000
· Surau sementara beroperasi di sebuah rumah teres
· AJK Surau ditubuhkan
2001
· Surau berpindah ke rumah pangsa SRD
Jun 2001
· Kebenaran pembinaaan surau dari pemaju – Talam
Mac 2002
· Kebenaran mendirikan surau dari Pejabat Agama
Mei 2002
· Kebenaran pembinaan surau di tapak tetap oleh JAIS
· Kutipan bagi Tabung Pembangunan Surau dilancarkan
Mac 2004
· Kelulusan bantuan RM70,000 bagi membina surau dari Kerajaan Negeri
Jun 2004
· Pembinaan surau dimulakan
Oct 2004 – Surau tetap mula beroperasi

Terdapat pembinaan tambahan dan pembinaan stor surau hasil dari tabung Pembangunan Surau yang berjumlah Rm42,000 pada awal tahun 2005.