Monday, June 15, 2009

Program Bacaan Yassin & Tazkirah Ringkas (Muslimah)







Bersyukur kita kedahratNya.

Pada 9 Jun 2009, Biro Muslimah Surau Ros 2 telah berjaya menjalankan satu lagi program bulanannya yang turut memberi faedah yang amat besar kepada kaum muslimat di kariah kita. Pada petang yang mulia itu seramai 10 orang jemaah telah mula berkumpul di rumah Zarina (No. 19, Jalan Ros 2A/6) mulai jam 3.00 petang namun majlis tersebut hanya dapat dimulakan pada jam 3.30 petang disebabkan hujan serta kelewatan ketibaan Ustazah Norhayati (Penceramah Bebas) yang baru pertama kali tiba dari Sg Buluh.

Program pada petang itu telah dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan diikuti dengan tazkirah ringkas selama 30 minit mengenai kepentingan menuntut ilmu. Banyak manafaat yang telah dapat dikutip pada petang tersebut. InsyaAllah pada bulan Julai depan program ini akan diadakan di surau seperti yang telah dipersetujui oleh majoriti jemaah. Namun, kepada sesiapa yang berhajat untuk mengadakannya di rumah amatlah dialu-alukan.

Semoga Segala Amalan Kita Mendapat KeberkatanNya, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment