Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
a) Disunatkan mengerjakan sembahyang sunat bila berlaku gerhana matahari atau bulan.
b) Dalam hadis yang lain, sembahyanglah seperti sembahyang fardhu (subuh- 2 rakaat). Bacalah ayat atau surah yang panjang hingga selesai kejadian gerhana.
c) Gerhana itu bukanlah kerana kematian anaknda Rasulullah s.a.w. iaitu Ibrahim yang berumur 18 bulan (1 tahun lebih) melalui isterinya yang bernama Mariam. Rasulullah menolak publisiti dan kepercayaan karut itu.
d) Rasulullah juga berkhutbah pada hari itu mengingatkan umatnya tentang perkara yang membawa keselamatan dunia dan akhirat:-
1) Wahai umat Muhammad, kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui, sudah tentu kamu akan ketawa sedikit dan menangis banyak.
Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj.
2) Baginda juga mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda, kubur itu pintu ke Alam Barzakh. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus.
3) Baginda mengingatkan umatnya bahawa mereka akan menerima ujian yang berat di dalam kubur, mereka akan disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir
4) Baginda mengingatkan umatnya - kaum perempuan secara khususnya supaya mereka menjaga diri daripada melakukan sesuat yang menyebabkan mereka menerima azab seksa pada hari akhirat kelak.
Perempuan walaupun kurang akalnya, namun daya tarikannya seperti magnet yang sangat kuat. Lelaki yang cerdik juga boleh tewas kepada wanita. Rasulullah juga berpesan kepada kaum wanita supaya sentiasa bersedekah.

Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment