Thursday, July 23, 2009

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan. Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Wednesday, July 22, 2009

GERHANA MATAHARI 29 REJAB 1430H / 22 JULY 2008 ( 8.23 PAGI - 9.48 PAGI)

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

a) Disunatkan mengerjakan sembahyang sunat bila berlaku gerhana matahari atau bulan.
b) Dalam hadis yang lain, sembahyanglah seperti sembahyang fardhu (subuh- 2 rakaat). Bacalah ayat atau surah yang panjang hingga selesai kejadian gerhana.
c) Gerhana itu bukanlah kerana kematian anaknda Rasulullah s.a.w. iaitu Ibrahim yang berumur 18 bulan (1 tahun lebih) melalui isterinya yang bernama Mariam. Rasulullah menolak publisiti dan kepercayaan karut itu.
d) Rasulullah juga berkhutbah pada hari itu mengingatkan umatnya tentang perkara yang membawa keselamatan dunia dan akhirat:-

1) Wahai umat Muhammad, kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui, sudah tentu kamu akan ketawa sedikit dan menangis banyak.
Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj.
2) Baginda juga mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda, kubur itu pintu ke Alam Barzakh. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus.
3) Baginda mengingatkan umatnya bahawa mereka akan menerima ujian yang berat di dalam kubur, mereka akan disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir
4) Baginda mengingatkan umatnya - kaum perempuan secara khususnya supaya mereka menjaga diri daripada melakukan sesuat yang menyebabkan mereka menerima azab seksa pada hari akhirat kelak.

Perempuan walaupun kurang akalnya, namun daya tarikannya seperti magnet yang sangat kuat. Lelaki yang cerdik juga boleh tewas kepada wanita. Rasulullah juga berpesan kepada kaum wanita supaya sentiasa bersedekah.

Tuesday, July 21, 2009

Monday, July 20, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh".

Tuesday, July 14, 2009

Thursday, July 2, 2009

Penajaan Ramadhan

Jawatankuasa Surau Ros 2 memohon sumbangan dan penajaaan bagi aktiviti dan program Ramadhan Surau Ros 2 seperti majlis jamuan berbuka puasa, jamuan moreh, imam jemputan dan membiayai penceramah jemputan serta lain-lain aktiviti Ramadhan.

Sumbangan bolehlah disalurkan terus ke dalam akaun surau atau melalui Bendahari Surau.
SEMARAK RAMADHAN

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin baru diucapkan kepada saudara baru M Alif Hua Bin Abdullah dan pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan pada Sabtu 27 Jun 2009. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan lancar pada pukul 10 pagi di Masjid As-Salam Bkt Sentosa. Majlis jamuan bermula pada pukul 12 tengahari di Blok G, Jalan Ros 2 dan dimulai dengan doa selamat oleh Tuan Imam Tn Hj Yaman serta dimeriahkan dengan kehadiran oleh warga Ros 2 dan jemputan. Terimakasih kepada AJK Surau dan warga Ros 2 yang telah bergotong-royong melaksanakan majlis persiapan kenduri dari awal hingga ke akhir.
Tahniah kepada pengantin dan semoga rumahtangga diberkati dan dirahmati ALLAH sentiasa.